isteri ke-2

Rabu, 31 Mac 2010

Terperangkap Di Dalam Cinta 3 Segi - EPISODE 2

Sarah dan Azrul tidak dapat dipisahkan lagi. masing-masing telah bertekad untuk bersatu. Satu demi satu rancangan dibuat. Jika boleh mereka tidak mahu melukakan kedua-dua pihak keluarga. Sarah cuba menyakinkan ibu bapanya dengan pilihan hati. Pada mulanya, ibu bapa Sarah menentang keras niat Sarah. Teguran dan nasihat diberi. Pada kaca mata mereka Sarah sedang dilamun cinta dan mungkin tidak nampak apa yang akan terjadi. Dikhuatiri keindahan yang dirasainya itu hanyalah sementara. Ibu bapa mana ingin lihat anak gadis mereka dilihat sebagai perosak rumahtangga orang. Gadis yang dibelai mereka terguris hati dek kata-kata nista orang. Terbeban sungguh mereka dengan pilihan ini. Namun dari sudut perspektif islam. Ibu bapa Sarah akui, mereka tidak boleh menafikan bahawa anak gadis mereka dibenarkan menjadi isteri ke 2, 3, mahupun ke 4.
Berlainan pula cerita dipihak Azrul. Azrul dilanda masalah apabila niatnya untuk beristeri lagi ditentang hebat oleh isteri dan mertua beliau. Namun Azrul tidak mudah patah semangat. Dipenglihatan beliau sememangnya wanita sukar untuk menerima kehadiran wanita lain dalam hidupnya. Ditambah pula dengan perbezaan umur mereka yang jauh berbeza. Bukan hati tidak sayang pada yang ada, tetapi inilah jodoh namanya. Bukan dipinta mahupun dicari. Tetapi kasih telah tersemat dihati. Suatu hari isteri Azrul telah menghubungi Sarah dan mengatakan hasrat ingin berjumpa beliau.


Satu pertemuan telah dirancang bagi mencari jalan penyelesaian kemelut cinta 3 segi ini. Sungguhpun si isteri mempamerkan sikap keterbukaan dalam isu ini, namun riaknya jelas kelihatan sukar untuk menerima niat suaminya untuk bernikah lagi. Ini kerana perbualan mereka bukan kerana menyelesaikan masalah tetapi mencari siapa yang salah. Si isteri menyalahkan si suami kerana tidak pandai menjaga hubungan sehingga terlibat dengan cinta lain. Si gadis pula dituduh tidak punya maruah kerana menggoda lelaki berusia dan ingin mengambil kesempatan. Azrul diberi pilihan memilih diantara keduanya. Sama ada mahu mengekalkan rumahtangga yang telah lama terbina ataupun memilih rumahtangga yang bakal dibina. Namun Azrul kuat dengan keputusan inginkan keduanya dalam hidup. Dia tidak gentar diugut. Walaupun si isteri mengungut dengan memfailkan permohonan cerai di mahkamah syariah. Sesi kaunseling mereka hadir, sesi kaunseling rumahtangga juga mereka pergi, tapi tidak ada sebab mengapa Azrul harus menceraikan isterinya hanya kerana ingin berkahwin lagi.


SURAH AN-NISAA:
"...Dan jika kamu takut tidak akan berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yatim (bilamana kamu mengahwininya), maka kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi dua, tiga atau empat, kemudian jika kamu takut tidak akan berlaku adil, maka kahwini seorang saja..."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan