isteri ke-2

Selasa, 15 Jun 2010

MASA YANG SUNTUK

Masa yang suntuk menyebabkan blog aku ini tak dapat di update.. Kerja pejabat yang makin menimbun di atas meja.. ada yang aku terpaksa KIV kan dulu.. Perubahan hormon yang sedang berlaku dalam badan ni pula ,melambatkan lagi produktiviti aku sebagai seorang pekerja.. Bukan senang nak senang,.. aku terpaksa meminta bantuan rakan untuk cover kerja-kerja kebajikan aku.. untung dapat rakan yang memahami, lagi faham apa yang aku sedang lalui.. Nasib baik anak buah pandai bawa diri.. baru2 ini kami dapat bekerjasama dengan Persatuan Aids Johor untuk program mereka.. Alhamdulillah berjaya juga hasrat aku untuk menaikkan nama pergerakkan kami. Cuma aku belum nampak calon pengganti aku lagi.

Niat hati untuk bersara tu ada,.. tp khuatir apa yang telah diusahakan selama ini terkandas tengah jalan oleh kerana pimpinan asal boleh.. bukan mudah untuk maintain apa yang ada sekarang.. Ahli sentiasa datang dan pergi.. terutamanya bila beliawanis yang muda2 ini terikat dengan kerjaya mahupun rumahtangga..

Rabu, 31 Mac 2010

Terperangkap Di Dalam Cinta 3 Segi - EPISODE 2

Sarah dan Azrul tidak dapat dipisahkan lagi. masing-masing telah bertekad untuk bersatu. Satu demi satu rancangan dibuat. Jika boleh mereka tidak mahu melukakan kedua-dua pihak keluarga. Sarah cuba menyakinkan ibu bapanya dengan pilihan hati. Pada mulanya, ibu bapa Sarah menentang keras niat Sarah. Teguran dan nasihat diberi. Pada kaca mata mereka Sarah sedang dilamun cinta dan mungkin tidak nampak apa yang akan terjadi. Dikhuatiri keindahan yang dirasainya itu hanyalah sementara. Ibu bapa mana ingin lihat anak gadis mereka dilihat sebagai perosak rumahtangga orang. Gadis yang dibelai mereka terguris hati dek kata-kata nista orang. Terbeban sungguh mereka dengan pilihan ini. Namun dari sudut perspektif islam. Ibu bapa Sarah akui, mereka tidak boleh menafikan bahawa anak gadis mereka dibenarkan menjadi isteri ke 2, 3, mahupun ke 4.
Berlainan pula cerita dipihak Azrul. Azrul dilanda masalah apabila niatnya untuk beristeri lagi ditentang hebat oleh isteri dan mertua beliau. Namun Azrul tidak mudah patah semangat. Dipenglihatan beliau sememangnya wanita sukar untuk menerima kehadiran wanita lain dalam hidupnya. Ditambah pula dengan perbezaan umur mereka yang jauh berbeza. Bukan hati tidak sayang pada yang ada, tetapi inilah jodoh namanya. Bukan dipinta mahupun dicari. Tetapi kasih telah tersemat dihati. Suatu hari isteri Azrul telah menghubungi Sarah dan mengatakan hasrat ingin berjumpa beliau.


Satu pertemuan telah dirancang bagi mencari jalan penyelesaian kemelut cinta 3 segi ini. Sungguhpun si isteri mempamerkan sikap keterbukaan dalam isu ini, namun riaknya jelas kelihatan sukar untuk menerima niat suaminya untuk bernikah lagi. Ini kerana perbualan mereka bukan kerana menyelesaikan masalah tetapi mencari siapa yang salah. Si isteri menyalahkan si suami kerana tidak pandai menjaga hubungan sehingga terlibat dengan cinta lain. Si gadis pula dituduh tidak punya maruah kerana menggoda lelaki berusia dan ingin mengambil kesempatan. Azrul diberi pilihan memilih diantara keduanya. Sama ada mahu mengekalkan rumahtangga yang telah lama terbina ataupun memilih rumahtangga yang bakal dibina. Namun Azrul kuat dengan keputusan inginkan keduanya dalam hidup. Dia tidak gentar diugut. Walaupun si isteri mengungut dengan memfailkan permohonan cerai di mahkamah syariah. Sesi kaunseling mereka hadir, sesi kaunseling rumahtangga juga mereka pergi, tapi tidak ada sebab mengapa Azrul harus menceraikan isterinya hanya kerana ingin berkahwin lagi.


SURAH AN-NISAA:
"...Dan jika kamu takut tidak akan berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yatim (bilamana kamu mengahwininya), maka kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi dua, tiga atau empat, kemudian jika kamu takut tidak akan berlaku adil, maka kahwini seorang saja..."

Selasa, 30 Mac 2010

Terperangkap Di Dalam Cinta 3 Segi - EPISODE 1

Aku ada 1 cerita untuk dikongsi bersama. Cerita ini sebuah kisah benar dan berlaku beberapa tahun lalu. Aku yakin diluar sana ada insan yang mempunyai peristiwa yang hampir sama.Walaupun watak dan jalan cerita berbeza, namun konfliknya sama iaitu "Terperangkap Di Dalam Cinta 3 Segi"...

(jalan cerita yang benar namun nama aku gunakan sebagai nama samaran bagi menjaga privasi sesetengah pihak)

Pertemuan Sarah dengan Azrul bermula dari satu kursus anjuran jabatan tempat Azrul bekerja. Usia mereka jauh berbeza. Sarah 23,manakala Azrul 44. Pertemuan pertama itu berlanjutan hanya kerana karier Sarah sedang meningkat naik dan memerlukan bantuan Azrul dalam selok belok perniagaan. Ini kerana Sarah bekerja disebuah syarikat swasta dan meminta agar beliau lebih aktif dalam urusan pentadbiran dan pengurusan.

Bermula perkenalan yang rasmi, akhirnya mereka menjadi akrab. Tidak terlintas difikiran Sarah untuk bercinta dengan Azrul yang dianggapnya seperti abang. Sementara Azrul pula yang telah berumahtangga, tidak pernah mengambil kesempatan pada si gadis. Hanya kerana sebuah perkenalan maka berputiklah bunga cinta dihati mereka.

"AJAL MAUT, JODOH DITANGAN TUHAN.. KITA MERANCANG TUHAN YANG MENENTUKAN..."
Sarah,...
Dihati kecil wanita ini masih punyai kasihan pada isteri dan anak-anak Azrul. Namun apa daya hati wanitanya memberontak sayangkan Azrul. Puas sudah dia berjumpa rakan, minta pandangan. Malah puas sudah dia menghilangkan diri untuk membuang sayang. Saban hari meminta Petunjuk Yang Maha Esa.. Ketentuannya juga,hati Sarah masih pada Azrul. Akhirnya Sarah pasrah.

Azrul,...
Perwatakkan Azrul digambarkan sebagai seorang yang pendiam. Azrul bijak membahagikan masa bersama keluarga dan juga Sarah. Malah ketika bergurau senda bersama si isteri, diselit-selitkan juga gurauan ingin bernikah lagi. Boleh dibanggakan, semenjak dia mempunyai hubungan dengan Sarah, perhatiannya lebih kepada keluarga. Dia pulang ke rumah dengan perasaan gembira, jika ada kesalahan kecil dia tidak ambil peduli..
"INI KERANA DIA TELAH JATUH CINTA UNTUK KEDUA KALI" ...

Isnin, 29 Mac 2010

BAHAGIA BERSAMA MEREKA YANG TERSAYANG..TERIMA KASIH

Sukar untuk aku gambarkan perasaan indah dikalbu. Perasaan bahagia ini adalah idaman setiap insan, perasaan ini dilihat berbeza dari sudut pandangan masing-masing. Ada orang sanggup dimarahi kerana mahu diberi perhatian.. ada pula sanggup melakukan sesuatu diluar pertimbangan kerana inginkan perhatian.. tetapi ada masanya kita kurang ingin memberi perhatian. Apabila kita kurang memberi perhatian, pasangan mahupun insan sekeliling kita akan rasa kita tidak sayang pada mereka, mereka akan rasa mereka ini tidak penting buat kita..walhal mereka inilah tunjang kejayaan dan tanpa mereka hidup kita tidak bererti!!! Oleh itu, fikir-fikirkanlah cara terbaik bagaimana untuk mempamerkan perasaan kasih sayang pada mereka ini. Marah bagaimanapun kita pada seseorang itu tidak akan mampu memadam perasaan sayang jauh daripada diri sendiri..

HANYA WAKTU YANG AKAN MEMBUKTIKAN SEGALANYA.. KERANA SAYANG DATANGNYA BAHAGIA..