isteri ke-2

Selasa, 30 Mac 2010

Terperangkap Di Dalam Cinta 3 Segi - EPISODE 1

Aku ada 1 cerita untuk dikongsi bersama. Cerita ini sebuah kisah benar dan berlaku beberapa tahun lalu. Aku yakin diluar sana ada insan yang mempunyai peristiwa yang hampir sama.Walaupun watak dan jalan cerita berbeza, namun konfliknya sama iaitu "Terperangkap Di Dalam Cinta 3 Segi"...

(jalan cerita yang benar namun nama aku gunakan sebagai nama samaran bagi menjaga privasi sesetengah pihak)

Pertemuan Sarah dengan Azrul bermula dari satu kursus anjuran jabatan tempat Azrul bekerja. Usia mereka jauh berbeza. Sarah 23,manakala Azrul 44. Pertemuan pertama itu berlanjutan hanya kerana karier Sarah sedang meningkat naik dan memerlukan bantuan Azrul dalam selok belok perniagaan. Ini kerana Sarah bekerja disebuah syarikat swasta dan meminta agar beliau lebih aktif dalam urusan pentadbiran dan pengurusan.

Bermula perkenalan yang rasmi, akhirnya mereka menjadi akrab. Tidak terlintas difikiran Sarah untuk bercinta dengan Azrul yang dianggapnya seperti abang. Sementara Azrul pula yang telah berumahtangga, tidak pernah mengambil kesempatan pada si gadis. Hanya kerana sebuah perkenalan maka berputiklah bunga cinta dihati mereka.

"AJAL MAUT, JODOH DITANGAN TUHAN.. KITA MERANCANG TUHAN YANG MENENTUKAN..."
Sarah,...
Dihati kecil wanita ini masih punyai kasihan pada isteri dan anak-anak Azrul. Namun apa daya hati wanitanya memberontak sayangkan Azrul. Puas sudah dia berjumpa rakan, minta pandangan. Malah puas sudah dia menghilangkan diri untuk membuang sayang. Saban hari meminta Petunjuk Yang Maha Esa.. Ketentuannya juga,hati Sarah masih pada Azrul. Akhirnya Sarah pasrah.

Azrul,...
Perwatakkan Azrul digambarkan sebagai seorang yang pendiam. Azrul bijak membahagikan masa bersama keluarga dan juga Sarah. Malah ketika bergurau senda bersama si isteri, diselit-selitkan juga gurauan ingin bernikah lagi. Boleh dibanggakan, semenjak dia mempunyai hubungan dengan Sarah, perhatiannya lebih kepada keluarga. Dia pulang ke rumah dengan perasaan gembira, jika ada kesalahan kecil dia tidak ambil peduli..
"INI KERANA DIA TELAH JATUH CINTA UNTUK KEDUA KALI" ...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan